Bendera
Jata
Mahkota itu tanda kedaulatan Sultan. Dua tombak dan dua keris maksudnya kekuatan orang-orang Melayu
Kelantan. AnakBulan dan Bintang adalah tanda Islam.
Dua
laras meriam itu maknanya bahawa negeri ini adalah
sentiasa bersedia untuk mempertahankan dirinya. Dua ekorkijang mengingatkan kembali kepada sejarah
tua negeri ini di masa Che' Wan Kembang (Che'Siti) Permaisuri Kelantan (
kira-kira pada akhir kurun ke-14) yang terlalu kasih pada kijang kesayangannya,
telah memerintahkan wang emas dicap dengan gambar binatang itu. Cogan jata ini
ialah "Berserah Kepada Tuhan Kerajaan Kelantan"
Lagu
Rencana utama: Lanjutkan
usia Al-Sultan kami
Lanjutkan
usia Al-Sultan kami
Sultan Kelantan raja ikrami
Aman sentosa Tuhan sirami
Kekal memerintah kami
Kasih dan taat setia disembahkan
Keriangan diucapkan
Segala kebesaran Allah cucurkan
Bertambah kemuliaan
Sultan Kelantan raja ikrami
Aman sentosa Tuhan sirami
Kekal memerintah kami
Kasih dan taat setia disembahkan
Keriangan diucapkan
Segala kebesaran Allah cucurkan
Bertambah kemuliaan